ClickMORE

Pendigitalan

Perundingan <> Dokumentasi <> Pendigitalan <> Webifikasi

Apa itu pendigitalan?

Pendigitalan ialah proses menukar dokumen kertas anda (salinan bercetak atau hardcopies) ke dalam format digital (DOCX, PDF, JPG, PNG, dll) yang sesuai untuk diletakkan online untuk tujuan perkongsian, pencarian, penyuntingan dan penyimpanan . **

Mengapa pendigitalan penting kepada bisnes saya?

Jika anda ingin membawa perniagaan anda kearah #GoOnline #GoGreen, tukarkan semua dokumen penting syarikat anda dalam bentuk kertas kepada format digital dan simpan ke dalam Awan. Ini adalah PRA-SYARAT untuk #GoOnline.

Banyak perniagaan kecil dan mikro masih simpan hampir semua dokumen syarikat mereka dalam bentuk kertas dan failkan dokumen kertas ini dalam folder dan simpan di kabinet di dalam pejabat kecil or rumah mereka.

#GoOnline akan menyelesaikan masalah ini sekaligus dan untuk semua.

Mula digitalkan dokumen kertas anda

Apa yang anda perlukan hanyalah pencetak+pengimbas peringkat entry-level yang datang dengan teknologi OCR (Optical Character Recognition), malah telefon pintar anda pun ada App pengimbasan ini!

Masih ada lagi SOALAN?

Kami bercadang anda baca Soalan Lazim kami terdahulu. Atau hubungi kami untuk membantu perniagaan anda #GoOnline dan #GoDigital.