ClickMORE
Bisnes Kecil
Kata kunci: Perniagaan Kecil, Perusahaan Kecil, SME, PKS ...
Definisi Bisnes Kecil
Mengikut definisi rasmi Perniagaan Kecil atau Bisnes Kecil oleh SMECorp (SME Corporation Malaysia), sebuah agensi pusat kerajaan yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia:-
Bagi sektor pembuatan, perusahaan bersaiz kecil ditakrifkan sebagai firma dengan perolehan jualan daripada RM300,000 kepada kurang daripada RM15 juta ATAU pekerja sepenuh masa daripada 5 hingga kurang daripada 75; manakala bagi sektor perkhidmatan dan lain-lain, perusahaan bersaiz kecil ditakrifkan sebagai firma dengan perolehan jualan daripada RM300,000 kepada kurang daripada RM3 juta ATAU pekerja sepenuh masa daripada 5 hingga kurang daripada 30.
Berdasarkan data terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah bilangan PKS di Malaysia pada tahun 2020 ialah 1,151,339 atau 97.2% daripada jumlah pertubuhan perniagaan. Perusahaan bersaiz kecil membentuk 20.0% (229,876) daripada jumlah PKS dan baki 1.6% (18,289) adalah perusahaan bersaiz sederhana.
* Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan tentang Definisi PKS dan Profil PKS Baharu PKS di Malaysia yang diterbitkan oleh SMECorp.
Produk Digital yang Disyorkan
Kami memahami keperluan anda sebagai satu perniagaan kecil dengan pertimbangan atas kos dan tenaga kerja yang diperlukan. Kami mengesyorkan produk digital berikut sebagai permulaan.
Laman Web | Kad Bisnes Digital | Risalah Digital | Advertorial Digital | Intranet | Kod QR
Mengapa Laman Web untuk bisnes kecil?
Melabur ke dalam nama domain dan laman web anda sendiri untuk mewakili penjenamaan unik perniagaan atau syarikat anda. Pejabat atau kedai atau kilang anda sendiri hanya menunjukkan kehadiran anda di dunia fizikal tetapi tidak di dunia online. Hari ini, kehadiran online anda adalah satu "kemestian" walaupun untuk bisnes kecil. Laman web yang bagus dan kelihatan profesional akan menubuhkan perniagaan anda di WWW dan menonjol anda daripada persaingan yang hebat. Ingatlah, hari ini pelanggan baru anda akan mengetahui tentang bisnes anda melalui Internet, bukan dengan melawat pejabat/kedai anda!
Mengapa Kad Bisnes Digital untuk bisnes kecil?
Kad bisnes adalah identiti asas "siapa anda" yang mewakili perniagaan atau syarikat anda. Bertukar-tukar kad bisnes ialah perkara pertama yang anda lakukan apabila anda bertemu dengan pelanggan atau rakan perniagaan yang baru. Kini, dengan Kad Bisnes Digital, anda boleh guna cara #GoOnline untuk memperkenalkan diri anda semasa sebarang pertemuan dalam talian, berbual atau bersosial dengan sesiapa sahaja di Internet atau media sosial dengan memberikan "pautan (URL)" atau Kod QR peribadi anda.
Mengapa Risalah Digital untuk bisnes kecil?
Buat suatu risalah digital untuk mempromosi produk atau perkhidmatan yang anda ingin sasarkan kepada pelanggan anda pada masa atau event tertentu seperti musim perayaan. Risalah digital hendaklah memaparkan contact langsung anda jika pelanggan berminat membeli. Ini adalah alat pemasaran digital yang anda perlu. Anda boleh menambah atau membenam pautan URL atau kod QR risalah digital anda dengan mudah ke dalam mesej pemasaran anda dalam mana-mana media sosial atau saluran online yang popular.
Mengapa Advertorial Digital untuk bisnes kecil?
Anda sentiasa boleh menukarkan laporan berita yang berguna dan relevan, artikel yang anda baca dalam majalah atau media sosial, kepada suatu advertorial digital yang secara tidak langsung digunakan untuk tujuan mempromosi dan memasar perniagaan atau produk anda. Bungkus semula berita, artikel, laporan, blog, dsb. yang berkaitan dan bermaklumat ke dalam format advertorial dan kongsi dengan pelanggan anda dengan cara yang halus dan "non-hardsell".
Mengapa Intranet untuk bisnes kecil?
Tak dapat cari dokumen yang anda inginkan apabila pelanggan anda memintanya, seperti risalah produk, katalog, senarai harga atau cadangan? Digitalkan dokumen kertas ini dan muatnaik ke dalam Intranet anda. Aturkan Intranet anda supaya ia mudah untuk anda atau kakitangan anda mencari dokumen tersebut apabila diperlukan, ini termasuk dokumen peribadi & sulit dan anda boleh berkongsinya kepada orang tertentu sahaja.
Mengapa Kod QR untuk bisnes kecil?
Kod QR boleh digunakan dalam pelbagai cara oleh perniagaan kecil. Buat satu kod QR yang boleh diimbas untuk kad bisnes digital atau risalah digital atau laman web anda, dan siarkan pelekat kod QR dalam media sosial atau di kaunter pejabat/kedai anda. Anda boleh DIY atau dapatkan pakej QR Assist kami.
Jika anda lebih suka pilih sendiri ..
Jika anda lebih suka bermula dari sesuatu kecil, pilihlah produk digital berdasarkan keutamaan dan belanjawan anda. Semak butiran harga produk kami dulu sebelum anda membuat keputusan.

Lebih banyak tips untuk bisnes kecil
👇 Lihat tips di laman web kami yang mungkin memberi anda idea-idea macam mana menjalankan perniagaan kecil anda dengan cara #GoOnline #GoDigital. 👇
Rakan Kongsi
Semak senarai rakan kongsi kami untuk perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda
Masih ada lagi
SOALAN?
Kami cadang anda baca bahagian Soalan Lazim kami terdahulu. Atau hubungi kami untuk mendapat nasihat selanjutnya.
