ClickMORE

Bisnes Mikro

Kata kunci: Perniagaan Mikro, Perusahaan Mikro, MSME, PKS ...

Definisi Bisnes Mikro

Mengikut definisi rasmi Perniagaan Kecil atau Bisnes Kecil oleh SMECorp (SME Corporation Malaysia), sebuah agensi pusat kerajaan yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia:-

Bagi semua sektor (pembuatan, perkhidmatan dan lain-lain), perusahaan bersaiz mikro ditakrifkan sebagai firma dengan perolehan jualan kurang daripada RM300,000 ATAU pekerja sepenuh masa kurang daripada 5.

Berdasarkan data terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah bilangan PKS di Malaysia pada tahun 2020 ialah 1,151,339 atau 97.2% daripada jumlah pertubuhan perniagaan. Perusahaan mikro menyumbang 78.4% (903,174), bahagian terbesar daripada semua PKS.

* Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan tentang Definisi PKS dan Profil PKS Baharu PKS di Malaysia yang diterbitkan oleh SMECorp.

Adakah anda satu bisnes mikro?

Pelanggan sasaran utama untuk produk dan servis digital kami adalah bisnes-bisnes mikro di Malaysia (dan negara-negara lain di ASEAN juga)

Produk Digital yang Disyorkan

Kami memahami keperluan anda sebagai satu perniagaan mikro dengan pertimbangan atas kos dan tenaga kerja yang diperlukan. Kami mengesyorkan produk digital berikut sebagai permulaan.

Laman Web | Kad BisnesDigital | Risalah Digital | Advertorial Digital | Intranet | Kod QR

Mengapa Laman Web untuk bisnes mikro?

Melabur ke dalam nama domain dan laman web anda sendiri untuk mewakili penjenamaan unik perniagaan atau syarikat anda. Pejabat atau kedai atau kilang anda sendiri hanya menunjukkan kehadiran anda di dunia fizikal tetapi tidak di dunia online. Hari ini, kehadiran online anda adalah satu "kemestian" walaupun untuk bisnes mikro. Laman web yang bagus dan kelihatan profesional akan menubuhkan perniagaan anda di WWW dan menonjol anda daripada persaingan yang hebat. Ingatlah, hari ini pelanggan baru anda akan mengetahui tentang bisnes anda melalui Internet, bukan dengan melawat pejabat/kedai anda!

Mengapa Kad Bisnes Digital untuk bisnes mikro?

Kad bisnes adalah identiti asas "siapa anda" yang mewakili perniagaan atau syarikat anda. Bertukar-tukar kad bisnes ialah perkara pertama yang anda lakukan apabila anda bertemu dengan pelanggan atau rakan perniagaan yang baru. Kini, dengan Kad Bisnes Digital, anda boleh guna cara #GoOnline untuk memperkenalkan diri anda semasa sebarang pertemuan dalam talian, berbual atau bersosial dengan sesiapa sahaja di Internet atau media sosial dengan memberikan "pautan (URL)" atau Kod QR peribadi anda.

Mengapa Risalah Digital untuk bisnes mikro?

Buat suatu risalah digital untuk mempromosi produk atau perkhidmatan yang anda ingin sasarkan kepada pelanggan anda pada masa atau event tertentu seperti musim perayaan. Risalah digital hendaklah memaparkan contact langsung anda jika pelanggan berminat membeli. Ini adalah alat pemasaran digital yang anda perlu. Anda boleh menambah atau membenam pautan URL atau kod QR risalah digital anda dengan mudah ke dalam mesej pemasaran anda dalam mana-mana media sosial atau saluran online yang popular.

Mengapa Advertorial Digital untuk bisnes mikro?

Anda sentiasa boleh menukarkan laporan berita yang berguna dan relevan, artikel yang anda baca dalam majalah atau media sosial, kepada suatu advertorial digital yang secara tidak langsung digunakan untuk tujuan mempromosi dan memasar perniagaan atau produk anda. Bungkus semula berita, artikel, laporan, blog, dsb. yang berkaitan dan bermaklumat ke dalam format advertorial dan kongsi dengan pelanggan anda dengan cara yang halus dan "non-hardsell".

Mengapa Intranet untuk bisnes mikro?

Tak dapat cari dokumen yang anda inginkan apabila pelanggan anda memintanya, seperti risalah produk, katalog, senarai harga atau cadangan? Digitalkan dokumen kertas ini dan muatnaik ke dalam Intranet anda. Aturkan Intranet anda supaya ia mudah untuk anda atau kakitangan anda mencari dokumen tersebut apabila diperlukan, ini termasuk dokumen peribadi & sulit dan anda boleh berkongsinya kepada orang tertentu sahaja.

Mengapa Kod QR untuk bisnes mikro?

Kod QR boleh digunakan dalam pelbagai cara oleh perniagaan mikro. Buat satu kod QR yang boleh diimbas untuk kad bisnes digital atau risalah digital atau laman web anda, dan siarkan pelekat kod QR dalam media sosial atau di kaunter pejabat/kedai anda. Anda boleh DIY atau dapatkan pakej QR Assist kami.

Dapatkan Pakej Kombo SEKARANG

Mari bertukar kepadaperniagaan mikro era digital untuk #GoOnline #GoDigital #GoMobile dan #GoPaperless terutamanya selepas pengalaman lockdown masa Covid-19.

Jika anda lebih suka pilih sendiri ..

Jika anda lebih suka bermula dari sesuatu kecil, pilihlah produk digital berdasarkan keutamaan dan belanjawan anda. Semak butiran harga produk kami dulu sebelum anda membuat keputusan.

Lebih banyak tips untuk bisnes mikro

👇 Lihat tips di laman web kami yang mungkin memberi anda idea-idea macam mana menjalankan perniagaan mikro anda dengan cara #GoOnline #GoDigital. 👇

Blog

Lihat untuk sebarang petua bagus yang boleh anda pelajari daripada laman blog kami

FAQ

Cari dalam bahagian Soalan Lazim kami untuk sebarang jawapan pantas kepada soalan anda

Alatan

Semak sama ada terdapat alatan online percuma yang berguna untuk operasi bisnes anda

Rakan Kongsi

Semak senarai rakan kongsi kami untuk perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda

Masih ada lagi

SOALAN?

Kami cadang anda baca bahagian Soalan Lazim kami terdahulu. Atau hubungi kami untuk mendapat nasihat selanjutnya.