ClickMORE

Model Bisnes

Kami bandingkan model bisnes kami seperti outlet makanan segera atau gerai makanan dengan restoran mewah 5-bintang.
OUTLET MAKANAN SEGERA

Ciri-ciri:

  • Set menu pilihan terhad
  • Proses tempahan mudah & cekap
  • Cepat & mudah
  • Makanan enak untuk semua
  • Harga tetap
  • Mampu milik kebanyakan pengguna
  • Bahan makanan siap sedia terlebih dahulu untuk pakej hidangan yang ditetapkan
  • Peralatan makanan minima atau pakai buang
  • Layan diri pelanggan dari memesan, membayar, menghidang makanan
  • Tenaga kerja minimum untuk operasi saluran keluar
  • Tiada perkhidmatan VIP, semua pelanggan adalah sama
OUTLET GERAI MAKANAN

Ciri-ciri:

  • Set menu pilihan tetap dengan pelbagai resipi biasa
  • Proses tempahan mudah & cekap
  • Cepat & mudah
  • Makanan lazat memenuhi keperluan pengguna amnya
  • Harga tetap
  • Mampu milik kebanyakan pengguna
  • Bahan makanan yang telah dimasak di dalam dulang makanan
  • Peralatan makanan minima atau pakai buang
  • Layan diri pelanggan dari memesan, membayar, menghidang makanan
  • Tenaga kerja minimum untuk operasi saluran keluar
  • Tiada perkhidmatan VIP, semua pelanggan adalah sama

RESTORAN MAKAN MEWAH

Ciri-ciri:

  • Perkhidmatan pelanggan yang best!
  • Proses pesanan yang rumit, perlu seorang pengurus berpengalaman untuk berkhidmat
  • Ambil masa lama untuk menyedia dan menghidang makanan
  • Harga berbeza-beza bergantung pada makanan dipesan atau disedia khas
  • Harga mahal dan tinggi untuk pelanggan VIP yang mampu membayar caj perkhidmatan
  • Kos basuh tambahan untuk set-set peralatan makanan yang digunakan
  • Ramai tenaga kerja diperlukan untuk operasi restoran
  • Perkhidmatan VIP/VVIP boleh diaturkan untuk kelas pelanggan yang berbeza

Kami berbeza dengan yang lain

Kami memutuskan untuk menjalankan bisnes online kami sama seperti pendekatan kedai makanan segera atau gerai makanan - berbanding dengan syarikat rekabentuk web premium atau agensi digital yang lain dalam pasaran, yang  memberi perkhidmatan khususnya kepada syarikat bersaiz besar atau sederhana.


Alasan kami adalah SIMPLE. Kami ingin mengekalkan HARGA SERENDAH MUNGKIN supaya sebanyak mungkin bisnes-bisnes kecil dan mikro boleh #GoOnline dan #GoDigital !

Bagaimana kami melakukannya?

Kami guna TEMPLAT yang telah direkabentuk, pilihan rekabentuk tema yang terhad (tapi cantik, kelihatan profesional dan responsif mudahalih), sokongan pelanggan yang minimum, layan diri pelanggan apabila boleh, masa yang singkat untuk rekabentuk dan bina-web, seperti mana kedai makanan segera atau gerai makan.

Jika anda suka model bisnes kami..

Jika anda rasa model bisnes kami berfungsi dan ingin menerokai sebarang perkongsian perniagaan dengan kami, sila hubungi kami.